Muzium Negara

24 09 2007

     nak tahu kenapa.. muzium negara ?

muzium negara memberikan banyak kenangan di waktu remajaku. ianya menjadi tempat kegemaran aku bersama dua kawan baik aku. setiap minggu kami akan ke sana untuk bersiar-siar dan mencuci mata. (mak ai..gatal gaks aku ni rupanya!) salah seorang dari kawan aku ini memang terkenal dengan kehebatannya menackle balak. namanya rienza (bukan nama sebenar). setiap kali ke muzium negara, kami akan dapat kenalan lelaki. kamu bayangkan le berapa ramai kenalan kami kalau dah setiap minggu tersadai kat sana. port kami adalah di kapal terbang yang menjadi tumpuan pelancong. ianya terletak di luar muzium pada waktu itu. agak lama ianya tak ada di situ lagi. aku sendiri pun tak perasan bila ianya telah dipindahkan. walhal muzium negara adalah laluan ku setiap hari untuk ke mana-mana destinasi sehingga ke hari ini.

cite pasal kapal terbang tu, aku teringat kejadian lucu yang pernah kami bertiga lalui. kawan aku yang bernama emma ni seorang yang penuh perasaan. dengan bantuan kawanku rienza, emma (bukan nama sebenar) telah mendapat kenalan seorang budak remaja lelaki. namanya raffi (pun bukan nama sebenar). masa tu kami berumur 14 tahun agaknya. nak jadi cite, emma telah pun bercinta gamaknya dengan raffi tanpa pengetahuan kami berdua. aku kirakan sekadar sahabat. rupa-rupanya emma mempunyai hati pada raffi. yang menjadikan kami tahu hal percintaan mereka ni adalah disebabkan emma mati-mati mengajak kami ke muzium negara. nak tak nak, aku dan rienza pun menurutkan sahaja kehendak emma. sampai di kapal terbang tersebut, tiba2 emma mengorek tanah untuk membuat lubang kecil. aku dan rienza terpinga2. emma tiba-tiba menangis. hish… apahal lak kena dengan emma ni.. hati kecil aku berkata.

kamu teka untuk apa emma mengorek lubang ??? kamu sure tergelak bila dengar cite aku ni. tunggu cite selanjutnya….. hahaha….

Advertisement

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.