Pelari Sekolah

23 09 2007

ehem… akhirnya…

setelah berminggu-minggu aku berlatih di padang dengan kawan-kawan selarian aku, aku selalu berada di dalam keadaan yang kurang selesa. ini adalah kerana mereka mempunyai “gears for the events”. mereka mempunyai pakaian dan kasut sukan yang berjenama. aku hanya mempunyai sekadar track bottom yang berharga rm9.90 aje.  kasut aku hanya kasut sekolah. tapi dengan semangat yang kental dan berkat dorongan jurulatih kami, aku meneruskan perjuangan aku.

 

pertandingan di antara sekolah-sekolah akan diadakan. aku masih tidak mempunyai kasut sukan.  satu petang, selepas balik dari latihan larian.. bapak panggil aku keluar dari bilik. aku pun terus ke ruang tamu. nak tahu apa.. bapak telah memberikan aku satu kejutan. aku diberikan sepasang kasut sukan yang berwarna merah. aku begitu gembira dan mencium pipi bapak. rasa begitu terharu. walaupun ianya tak berjenama namun bagi aku ianya sudah memadai. aku menanam semangat untuk menjadi pelari yang terbaik untuk sekolah.

hari pertandingan yang dinantikan menjelma. berkat kasut merah aku, aku berjaya merangkul pingat emas untuk kebanyakan acara yang aku sertai. nama aku menjadi popular di kalangan sekolah-sekolah yang bertanding. mana taknya nama aku sering dipanggil untuk naik ke pentas hadiah. kalau nak tahu aku ada peminat gaks. mak ai.. jangan mare! siap dapat hadiah misteri dari salah seorang peminat. hehehe… gelihati aku. tapi masa tu bukan tahu apa, belasah ambil aje le.

kenangan indah yang tak mungkin aku lupakan adalah kehadiran bapak ke pertandingan tersebut. aku tak perasan rupa-rupanya bapak datang untuk menyaksikan kehebatan anaknya. aku terkejut bila bapak datang memelukku. sesuatu yang tak kujangkakan. bapak tak pernah hadir dalam sebarang pertandingan sebelum ini. kami orang susah, jadi bapak tak ada masa untuk semua ini. tak dapat aku bayangkan, senyuman gembira yang terukir di bibir bapak. masih terngiang kenangan itu.

pak.. anakmu ini terlalu merinduimu… raya bakal menjelang tiba. dah 2 tahun bapak tak bersama kami sekeluarga. alhamdullillah.. mak bahagia dengan kami adik-beradik. ini adalah berkat kasih sayang bapak yang tak terhingga buat kami.

terimalah sedekah al-fatihah dari anakmu ini…. amin. semuga bapak bahagia di sana..





Juara Lari

23 09 2007

hello again..

 

macam yang aku janjikan, kali ni aku nak citekan penglibatan aku dalam acara larian di sekolah rendah. seperti yang dicitekan sebelum ni, aku ni memang suka berlari. di flat kami acara lari adalah kemestian. kami akan berlumba dengan budak-budak lelaki dan pastikan kami selalu menang. jangan tak percaya, dalam banyak perlumbaan kami yang selalu menang. sehinggakan airmata mahal dari lawan kami selalu mengalir. hah.. terer tak terernya kami budak-budak perempuan di blok 1.

di sekolah, aku kaki main bola rounders. pada sape yang tahu mainan ni, sure korang tahu pemain-pemainnya mesti kena pantas berlari pasal nak kejar bola. so, started dari bermain rounders le maka aku rupa-rupanya diperhatikan oleh jurulatih sukan di sekolah. so, aku telah diminta untuk mengambil ujian masa. entah macam mana larian aku agak baik waktu itu. jadi le aku salah sorang pelari sekolah. mungkin berkat latihan berlari di perkarangan flat aku tu maka aku telah terpilih.

nak jadi cite, aku telah diminta mewakili sekolah untuk acara larian 100m, 200m, 400m, 100m x 4 dan 400m x 4.  wow… bayangkan aku ketika itu berumur 11 tahun kalau tak silap. (lupa le pulak, wa dah tua beb!) tapi yang sedih sekali tu, bila jurulatih aku suruh aku beli kasut khas untuk larian. mak ai.. masa tu aku terfikir mana le nak cari duit. knowing my parents, they could’nt afford to buy one. kami org susah.

bila aku cakap kat bapak aku jadi pelari sekolah, bapak begitu bangga.  mak aku tak begitu suka, maklum le aku kan anak perempuan. aku ni tomboy sikit. memang suka main kasar-kasar. baru thrill beb ! so, nak tak nak.. aku beranikan diri cakap ke bapak yang aku perlukan kasut sukan untuk berlari. bapak terdiam.

aaa.. tunggu apa bakal berlaku… dapat tak aku merasa sepasang kasut sukan yang aku inginkan ????  





Rumah Sangkar Burung

23 09 2007

 

aku tinggal di kawasan flat. tapi menyeronokkan kerana kami mempunyai ramai kawan. keje kami main lumba lari, hide and seek, police entry, main getah dan pelbagai mainan waktu zaman kami. pukul 7 pagi kami akan mengegarkan tingkat 13, 14, 15 dan 16 dengan hentakan kaki kami.

aku masih ingat tiap kali kami main hide and seek, aku akan mendajalkan kawan kami yang menjadi “tukang cari” (lupa lak apa panggilan waktu itu) dengan aku menukar baju dengan seorang kawan rapatku si ali . bayangkan betapa bengangnya si tukang cari bila dia dapat tangkap aku tapi dia ingatkan si ali kerana pakaian kami telah bertukar. mahu tak mahu dia terpaksa jadi tukang cari lagi sampai salah sorang dari kami tertangkap. 

seronoknya waktu tu bila kami bermain getah. mana taknya aku yang paling terer. semua nak jadi gang aku. (maaf ya, bukan wa nak berlagak, memang benar beb!) dek pasal terlalu kerap bermain getah le aku jadi salah sorang juara dalam acara lompat tinggi di sekolah menengah. semua gerun dengan aku bila aku masuk bertanding. hehehe.. hebat gaks aku di kala itu. selama tiga tahun le aku jadi juara di sekolah.

ok. stop di sini dulu. nanti aku cite bagaimana aku mewakili sekolah aku untuk acara larian. sedih u…








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.