bangunan putih… tersergam indah di tengah bandar kuala lumpur..
![]()

mula-mula bangunan dayabumi didirikan, kami sekawan selalu memerhatikannya dari jauh. maklumlah sekolah kami berdekatan aje. tapi tak pernah menyangkakan ianya akan menjadi sebuah bangunan yang tertinggi di kala itu. so, bila dah siap sepenuhnya.. maka pelbagai kedai boleh didapati di bawah bangunan tersebut. dayabumi dengan serta merta menjadi tumpuan warga kuala lumpur. kami sekawan pulak menjadikannya port kami untuk bermain di kawasan tersebut sebelum balik ke rumah masing-masing. bayangkan kami pernah bermain “monopoly” dan ’scrabble” di situ.
selain port bermain, ada di kalangan kami yang jadikan dayabumi sebagai tempat berdating. bukan main kawan-kawan aku. tipu mak bapak kata ada aktiviti kat sekolah tanpa sebenarnya memadu asmara dengan pasangan masing-masing. tapi best gaks tengok gelagat kawan-kawan waktu berdating. aku seperti biasa jadi barua le. teman depa berdating. tapi yang best sekali si rienza le. dia dah start dating dengan org bekerja. jadi, dapat le aku tumpang sekaki bila balak-balak dia belanja kami makan di kfc. memang grand giler le kalau dapat lepak kat kfc. zaman tu, mana nak mampu beb! bukan macam zaman sekarang. budak-budak sekolah lagi penuh dari orang-orang makan gaji.
sekarang dayabumi sekadar jadi laluan aje. dah bertahun aku tak masuk ke dalam bangunan tersebut. ianya dah tidak semasyhur di zaman aku dulu. walaupun kami masih remaja, tapi kenangan di situ banyak sekali. banyak perkara suka dan duka telah berlaku di situ. pernah gaks aku bersilat (bertumbuk!) dengan salah sorang kawan aku. dia ni suka provoke aku. silap le minah tu! aku ni nampak lembut, tapi sekali naik angin. boleh tahan gaks. apa lagi kena le penumbuk aku. menangis sakan le. esok tu aku tengok dia tak datang ke sekolah. panik gaks aku. takut mak dia datang ke sekolah dan mengadu hal kami. aaa..alhamdullillah.. tak nampak bayang mak dia pun hari tu. yang aku ingat sampai habis sekolah kami masih tak bertegur sapa. nasib baik dia tak satu kelas dengan aku bila kami ke tingkatan empat. (wa pandai lagi ma!) lega beb! aku bukan jenis suka bermusuh.
anyway, dayabumi… u will always be in my memories…
nak tahu kenapa.. muzium negara ?
Recent Comments